-Abang Pernah Kena Gari?-Jerit Remaja Kepada Pegawai DBKL

by Edisi Viral


HOME Posted on 20 Feb 2017 07:00:29


KUALA LUMPUR - Video remaja yang didakwa menumbuk seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kejadian melibatkan sehelai kain rentang semalam jadi tular hari ini.

Paparan video berdurasi 2:03 minit itu telah dikongsikan menunjukkan polis melonggarkan gari sebelum membawa suspek ke balai polis Dang Wangi.

Seorang daripada kumpulan yang bersama-sama suspek menjerit memaksa polis membuka gari remaja berkenaan.

-Abang pernah kena gari? Bukanlah gari tu. Masalahnya abang gari dia depan kami,-jerit ya.

Terdahulu, kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu dipercayai tercetus apabila mangsa dan tiga rakan sekerjanya menurunkan kain rentang mengecam DBKL yang digantung di bangunan ibu pejabat DBKL.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata tindakan itu dibuat selepas arahan awal supaya sekumpulan remaja serta suspek menurunkannya selepas dipercayai memasang kain rentang tersebut, tidak diendahkan.

-Semasa mangsa dan tiga lagi rakan sekerjanya hendak menurunkan kain rentang itu, remaja berkenaan tiba-tiba datang dan menumbuk mangsa.

-Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan suspek telah ditahan serta diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan,- katanya ketika dihubungi.

Mohd Sukri berkata semakan rekod mendapati suspek berusia 23 tahun itu tidak memiliki rekod jenayah dan akan direman.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. -SuaraTV


Related News


Leave a Comment:

Search
Side News