Yuna Peraga Pakaian Rekaan Mara Hoffman di Pentas NYFW2017

Buat julung kali penyanyi tersohor negara, Yunalis Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna berjalan di pentas New York Fashion Week untuk memperagakan koleksi pakaian musim luruh 2017 rekaan Mara Hoffman.


 



 


Pentas New York Fashion Week 2017 kini bermula. Menerusi akaun Instagram milik Yuna, dilihat penyanyi lagu Crush ini menjadi salah seorang model yang mengenakan pakaian rekaan pereka fesyen terkenal itu.


 







Backstage @marahoffman #NYFW Photo by Jimmy Bae / @wwd #marahoffman


A post shared by Yuna (@yunamusic) on





 


Lengkap dengan persalinan serba jingga, Yuna turut mengenakan gaya turban dengan rona yang sama. Yuna turut menyatakan yang mana dia tidak menyangka yang dia berpeluang untuk berjalan di pentas fesyen itu.


 


Katanya lagi yang mana dia sememangnya berdebar-debar tetapi Mara ternyata seorang yang cool dan sangat menyokongnya. Yuna juga berkongsi pendapat tentang rekaan koleksi dari pereka fesyen ini.


 






 


Ujarnya, “Koleksinya sangat cantik dan berinpirasi. Ia unik seperti perekanya sendiri. Anda boleh lihat sendiri di marahoffman.com.”


 







@marahoffman RTW Fall 2017 #NYFW #marahoffman


A post shared by Yuna (@yunamusic) on





 


Pada masa yang sama, Yuna juga sempat mengucapkan ucapan tahniah dan terima kasih buat Mara kerana memilihnya untuk tampil di atas pentas tersebut. Baginya, ia adalah satu pengalaman bermakna kerana berjalan di atas pentas peragaan dunia itu.


 


 


 


The post Yuna Peraga Pakaian Rekaan Mara Hoffman di Pentas NYFW2017 appeared first on EH!.