Yu paus muncul tepi Pantai Sura Hujung

SEPASANG yu paus muncul selama tiga jam di tepi Pantai Sura Hujung, Dungun, Isnin lalu. Kemunculan yu paus di perairan itu disedari peniaga ikan, Rashid Roslan, 19, yang sempat merakamkan video spesies berkenaan.