Yes melancarkan servis 4G LTE bersama ketibaan Samsung Galaxy siri-J 2016

Dengan telefon pintar menjadi barangan keperluan masakini, kandungan menjadi semakin penting. Strim video, melayari web dan media sosial, telah menjadi sebahagian gaya hidup milenia masakini. Kerana itu, penggunaan data mudahalih turut melonjak tinggi.


Bagi memenuhi pasaran muda remaja yang perlukan telefon pintar lebih mampumilik, Samsung Malaysia hari ini melancarkan Galaxy Siri-J 2016. Ia merupakan model yang dikemaskini dengan perkakas lebih terkini, memberi lebih prestasi yang lebih bernilai.


Samsung Galaxy siri-J 2016 dilancar bersama YES 4G LTE percuma


Tetapi yang lebih menarik hari ini, adalah pelancaran rangkaian 4G LTE oleh Yes Telecommunication (Yes). Ini menjadikan Yes sebagai penyedia rangkaian LTE ke-5 di Malaysia. Pelancaran Galaxy siri-J ini menjadi lebih meriah kerana ia akan disertakan kad sim Yes 4G secara percuma, bersama kuota data sebanyak 30GB yang boleh digunakan selama dua bulan.


Menurut CEO YTL Communications, Wing K. Lee, Yes telah berjaya membina rangkaian 4G pertama di Malaysia, dengan liputan sehingga 85% di kawasan berpenduduk. Kini Yes menawarkan servis LTE, yang turut dilengkapi teknologi VoLTE, pertama seumpamanya di Malaysia.


Satu fungsi baru yang ada pada siri-J 2016 ini adalah mod penjimatan data ultra, atau Ultra Data Saving (UDS). Ia memampatkan data dengan lebih efisyen, dan mengehadkan aplikasi yang berjalan di belakang sistem untuk menjimatkan lebih banyak data. Ia pasti banyak membantu agar data tidak kehabisan kuota terlalu cepat.


Pelancaran Samsung Galaxy J 2016 dengan Ultra Data Saving


Menurut Samsung, mod UDS terbukti menjimatkan penggunaan data Instagram sehingga 62%, dan juga data YouTube sehingga 46%. Secara purata, 50% data mudahalih boleh dijimatkan di samping lebih menjimatkan bateri.


Tiga model telefon pintar Samsung yang dilancarkan hari ini adalah Galaxy J1 dengan skrin 4.5-inci, Galaxy J5 dengan skrin 5.2-inci dan Galaxy J7 dengan skrin 5.5-inci.


Samsung Galaxy J1 (2016) dilengkapi CPU 1.3Ghz 4-teras, 1GB RAM dan 8GB storan dalaman. Ia memiliki kamera 5MP di belakang dan 2MP di kamera depan. Baterinya pula berkapasiti 2,050mAh.


Samsung Galaxy J5 (2016) dan Galaxy J7 (2016) memiliki banyak persamaan, hanya berbeza pada skrin, bateri dan CPU sahaja. Kedua-duanya memiliki 2GB RAM, 16GB storan, kamera belakang 13MP f/1.9 dan kamera depan 5MP f/1.9. Bateri J5 sebesar 3,100mAh dan J7 pula 3,300mAh.


Jadual Samsung Galaxy siri-J 2016


Ketiga-tiga telefon pintar ini akan mula dijual bermula 16 Jun 2016, dan boleh dibeli dari Stor Samsung serta pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia. Galaxy J1 berharga RM449, Galaxy J5 pula RM849 dan Galaxy J7 pula RM1,049.


Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb www.samsung.com/my


The post Yes melancarkan servis 4G LTE bersama ketibaan Samsung Galaxy siri-J 2016 appeared first on TheSkop.