Yamaha Indonesia pun lancar skuter baharu?

Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) diberitakan bakal melancarkan skuter automatik terbaharunya hari ini 18/2/2017 iaitu model Fino Grande.


Laman detikOto telah melaporkan bahawa Pengurus besar Lepas Jualan PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) M Abidin telah mengesahkan perkara tersebut semalam.


Yamaha Fino Grande juga sudah diedarkan ke pengedar mereka di seluruh Indonesia. Ada beberapa perubahan telah dibuat berbanding Fino sebelumnya. Fino Grande ini dijual dengan harga Rp18.2 juta di Jakarta.


Enjinnya masih sama iaitu enjin 125 cc berteknologi Blue Core. Namun, ada beberapa ciri-ciri tambahan seperti Stop & Start System (SSS) dan Advance Key System (AKS) yang sebelum ini hnanya terdapat pada Mio M3 dan Soul GT terbaru.


Pun begitu apa yang lebih menarik lagi, desas desusu juga bertiup kencang tentang khabar bahawa hari ini YIMM juga akan melancarkan satu lagi model baharu di Jakarta. Spekulasi mengatakan bahawa ia nya mungkin model R3, atau model facelift R25 atau mungkin juga model Vixion atau FZ baharu, seperti yang dispekulasi majalah Young Machine dari Jepun dahulu.


Mungkin juga ianya spekulasi liar yang berpunca dari pelancaran Fino Grande……


r25 ke