#1
Xiaomi Black Shark, saingan baru Razer Phone

Xiaomi menyaingi Razer dalam pengeluaran fon game apabila sah melancarkan model Black Shark dibangunkan bersama syarikat game, Black Shark.

-

Xiaomi Black Shark mempunyai saiz skrin 6-inci, 2.5D, paparan beresolusi 2160 x 1080, set cip Snapdragon 845 dengan GPU Adreno 630, RAM hingga 8GB dan storan hingga 128GB.

-

Ia datang dengan dwi kamera 12MP + 20MP-format apertur f/1.75 aperture dan lensa 6P ditambah dwi tona LED Flash. Fokus auto, rakaman 4K, HDR, dan Portrait Mode turut ada dalam Xiaomi Black Shark.

-

Manakala kamera depan pula 20MP dengan apertur f/2.2-serta lensa 5P.

-

Terdapat pengimbas cap jari di belakang, Xiaomi Black Shark mempunyai kapasiti bateri 4,000mAh dengan Qualcomm Quick Charge 3.0 dan USB Type-C.

-

Ia beroperasi pada Android 8.1 Oreo.

-

Menariknya terdapat gamepad -plug-and-play- yang boleh digunakan sebelah saja untuk fon berbateri 340mAh mampu tahan 30 jam game sekali cas disambungkan ke fon dengan bluetooth.

-

Xiaomi Black Shark berharga kira-kira RM2,300 dan ia turut bakal diperkenalkan di Malaysia bulan depan.

-

-

Xiaomi Black Shark, saingan baru Razer Phone TheSkop.


Norlida Ishak Shop
Comments