Warna-warni Pantone menarik untuk Huawei P10

Huawei telah mengumumkan akan melancarkan telefon pintar baru pada hujung minggu ini. Huawei P10 dan P10 Plus, akan menampilkan diri buat pertama kalinya sempena pameran MWC 2017 di Barcelona, dalam warna-warni hasil kerjasama Huawei dan The Pantone Color Institute (Pantone).


Warna-warni Huawei P10 dan P10 Plus ini disahkan oleh lagi oleh Evan Blass, menerusi twitternya di @evleak. Menurut beliau, telefon terbaru Huawei ini akan tampil dalam tiga warna yang sangat menarik perhatian iaitu Biru, Emas dan Hijau.



Huawei P10 in (left to right) blue, gold, and green. pic.twitter.com/Li1jh55Y46


— Evan Blass (@evleaks) February 16, 2017



Keunikan warna yang ditampilkan pada Huawei P10 ini, menyerlahkan hasil kerjasama Huawei dan Pantone untuk menjadikan sesebuah peranti kelihatan lebih bermakna. Pantone telah lama bekerjasama dengan pelbagai jenama di seluruh dunia, untuk meningkatkan rasa, kuasa, emosi dan psikologi sesuatu perkara menerusi pemilihan warna dalam rekaan.


Pantone dijangkan tidak akan berhenti setakat tiga warna ini. Mereka bersedia untuk meneruskan kajian lebih mendalam bagi menghasilkan warna-warna menarik dan trending, khusus buat Huawei.



Kerjasama Huawei dan Pantone ini akan diumumkan lebih lanjut ketika majlis pelancaran Huawei P10 kelak, yang akan diadakan pada hari Ahad, 26 Februari 2017. Pasukan TheSkop akan turut berkampung di Barcelona, untuk membawakan berita terkini MWC 2017 kepada pembaca.


The post Warna-warni Pantone menarik untuk Huawei P10 appeared first on TheSkop.