Wanita Lahirkan 2 Anak, 2 Bulan Berturut-turut

17hmbayis-jpg_1466129240

Sumber: Hmetro Oleh: Aimi Nordin

Peliknya dua anak lahir dalam masa dua bulan. Kiranya bulan ni seorang anak, bulan depannya seorang lagi. Tapi itu yang terjadi di Polewali, Indonesia apabila seorang wanita yang baru melahirkan anak dua bulan lalu tiba-tiba sakit perut sebelum melahirkan seorang lagi bayi.

Annisa, 25, melahirkan bayi lelaki ketika gerhana matahari penuh pada 9 Mac lalu di sebuah pusat perubatan di sini.

Kemudian, pada 7 Mei tiba-tiba Annisa sakit perut dan tak lama lepas tu dia lahirkan bayi perempuan pula.

Selepas je lahir anak pertama. Annisa teruskan rutin harian yang ambil upah cuci pinggan dan menjual kuih sebab tak sangka ada lagi satu bayi dalam perutnya.

“Saya terpaksa bekerja keras untuk mencari wang kerana sudah diceraikan suami beberapa bulan sebelum saya melahirkan anak,” katanya.

Menurutnya, anak keduanya dilahirkan di rumah dengan dibantu seorang bidan kampung kerana dia tidak sempat untuk ke hospital.

“Saya sangat terkejut kerana tidak sangka sekali lagi melahirkan anak dalam tempoh yang sangat singkat ini.

“Namun, saya tetap bersyukur dan berusaha untuk membesarkan anak-anak saya dengan sempurna,” jelasnya.

Sementara itu, seorang pakar di hospital Majene, Sulawesi Barat, Dr Zulfatma berkata, keadaan yang dialami Annisa adalah tidak mustahil, tetapi sangat jarang berlaku.

“Kemungkinan Annisa mengandung anak kembar daripada dua telur yang membentuk dua janin dengan dua tali pusat dan dua selaput ketuban.

“Bayi pertama ini lahir tidak cukup bulan, tetapi bayi kedua tetap berada di dalam rahim dan dilahirkan apabila sampai tempohnya,” katanya.

Ada kemungkinan doktor yang sambut kelahiran anak pertama Annisa tak sedar masih ada seorang lagi bayi dalam rahimnya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW