Walaupun Badan Besar, Sherry Al Hadad Jadi Diri Sendiri

SHARIFFAH Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 32, atau lebih dikenali sebagai Sherry AlHadad berkata berjaya meletakkan dirinya setanding selebriti terkenal lain kerana dia memilih untuk menjadi dirinya yang sebenar.


Walaupun perlu bersaing dengan artis lain yang mempunyai pakej rupa dan badan yang ideal, Sherry mengakui dia sentiasa menjadi dirinya dan tidak mahu bersikap hipokrit untuk berjaya.


“Tak dinafikan, masyarakat sudah terbiasa sejak dahulu, jika menjadi peneraju utama, mesti mempunyai pakej yang menarik dan yang tidak menarik ini diletakkan sebagai watak sampingan.


“Kebiasannya, alasan yang diberikan oleh produksi kerana tuntutan penonton. Bagi saya pula, semua itu terpulang kepada penerbit, ia boleh diubah.


“Saya percaya ia boleh diterima jika kita sebagai penggiat seni memberi kepelbagaian kepada penonton.



“Saya tidak mahu kuruskan badan kerana mengikut kehendak orang lain. Saya hanya menjadi diri sendiri dan berharap orang lain menerima saya seadanya,” katanya kepada portal Zass.


“Kalau kita sebagai penggiat seni memberi variati kepada penonton, saya percaya ia boleh diterima.


Sherry juga berkata dia dapat melihat masyarakat kini semakin menerimanya, berbanding ketika awal penglibatannya di dalam bidang seni lebih sedekad yang lalu. – MYNEWSHUB.CC