Video Viral Van Hentam Proton Saga, Apa Kes..?

SEBUAH rakaman video memaparkan pemandu van putih bertindak mengundur dan menghentam sebuah kereta Proton Saga telah menjadi viral di laman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.


Rata-rata netizen beranggapan kejadian itu berpunca daripada pemandu Proton Saga yang menghalang laluan van.


Bagaimanapun menurut sumber kepada sebuah laman di Facebook, insiden itu berlaku kerana pemandu van putih enggan memulangkan kenderaan itu kepada tuannya yang merupakan pemandu Proton Saga tersebut.


“Van tu milik owner kereta Proton Saga yang dilanggar. Katanya dah diberi pinjam tapi tak mahu pulangkan. Jadi owner block van itu dari keluar, tapi orang yang pinjam pulak mengamuk. Maka jadilah kejadian seumpamanya,” dakwa sumber tersebut.


Sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan namun rakaman kejadian ini menjadi viral apabila sehingga kini ianya ditonton lebih 75,000 kali dan menerima 1,000 Likes. – MYNEWSHUB.CC