Video: Iklan Pengacau Raya BSN Edisi 2016

PASTI anda ingat lagi iklan hari raya ‘Pengacau Raya’ terbitan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mengisahkan seorang lelaki Cina, Aloysius yang ditugaskan sebagai pengacau pada setiap kali perayaan Aidilfitri.


Tahun ini, BSN kembali lagi dengan iklan raya terbaharu mereka memaparkan mesej agar sentiasa tolong-menolong insan yang memerlukan dan berada dalam keadaan kesusahan.


Jalan cerita iklan raya BSN yang bercerita secara santai ini mengisahkan perjalanan balik kampung Aloysius, isterinya, Zaitun dan anak mereka sempena sambutan Aidilfitri.


Dalam perjalanan, mereka bertemu dengan beberapa ‘watak’ yang memerlukan pertolongan daripada mereka.


Pada mulanya, Zaitun enggan membenarkan suaminya untuk menumpangkan mereka namun di akhir cerita, Zaitun mendapat pengajarannya sendiri hasil daripada kebaikan hati suaminya itu.


Nak tahu apa dia? Jom tonton drama raya terbitan BSN yang disampaikan cukup santai dan menghiburkan ini! – MYNEWSHUB.CC