[VIDEO] Dulu Tak Kisah Sekarang Cemburu – Catriona Ross

  • Print
  • Email
Details

Published on Friday, 17 February 2017 21:52

SETELAH sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, penampilan terbaharu pelakon Catriona Ross sangat mengejutkan apabila tampil lebih langsing berbanding sebelum ini.

Catriona Ross atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 36 menerusi sebuah portal hiburan mendedahkan bahawa bentuk badan baharunya itu adalah hasil daripada pengurangan berat badannya sebanyak 17 kilogram (kg) daripada berat asal 75 kg.

“Alhamdulillah kini saya berjaya menurunkan berat badan saya hampir dengan bentuk badan ideal dan saya gembira dengan tubuh saya sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Catriona turut memberitahu bahawa bentuk badannya yang baharu itu mengundang rasa cemburu di hati suami tercinta; Shaharuddin Mokhtaruddin.

“Namun saya perasan sejak saya kurus ni, sikap suami saya berbeza sangat apabila dia semakin ambil tahu mengenai gerak geri saya ke mana saya pergi, yang mana sebelum ini tidak pernah sekali pun begitu.

“Dia seolah-olah cemburu dan mula insecured apabila menghubungi saya dengan kerap apabila saya berada di luar dan ingin tahu dengan siapa saya berjumpa.”

Jelas aktres kacukan Melayu-Scotland itu lagi, meskipun suaminya berubah sikap, namun dia berasakan ianya adalah sesuatu yang bagus untuk keharmonian rumah tangganya yang dibina sejak tahun 2009 itu.

“Sudah tentu saya gembira dengan perubahan suami saya dan ia memang suatu perkara yang baik untuk rumahtangga kami,” katanya lagi.

Hasil perkongsian hidup dengan Shaharuddin, pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Sephia Rania, 7; Jamal Raess, 5 dan Edruce Riyadh, 2.

MYNEWSHUB.CC