Video: Dua Wanita Simbah Cat Pada Pintu… Prank Along?

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pangsapuri di Toa Payoh, Singapura berjaya merakam aksi dua wanita melakukan tindakan khianat iaitu menyimbah cat pada sebuah kediaman di situ.


Hal ini dilaporkan individu dikenali sebagai Edwin di laman web Stomp, selepas beliau terlihat video kejadian dimuat naik seseorang pengguna Facebook. Kyros Lim pada 21 Jun lalu.



Menerusi video tersebut, dua wanita dilihat memasang rantai pada jeriji sebuah kediaman sebelum bertindak menyimbah cat seterusnya berlari meninggalkan tempat itu sambil ketawa.


Sejurus selepas itu, kelihatan beberapa anggota polis dilihat berusaha menanggalkan rantai yang dipasang dua suspek berkenaan.



Netizen turut mengesahkan insiden itu dirakam di Toa Payoh Lorong 2 dan pihak polis sedang menyiasat punca kejadian tersebut. -MYNEWSHUB.CC


Sumber: Stomp