[VIDEO] Bapa Campak Anak Untuk Belajar Renang


  • Print

  • Email

Details

Published on Wednesday, 15 February 2017 11:59







Ini adalah cara belajar renang yang paling ekstrem yang diajar oleh seorang bapa kepada anaknya, yang baru berusia beberapa tahun.


Dalam video yang dirakamkan di China ini, lelaki terbabit cuba memaksa anaknya berenang di sebuah tasik namun kanak-kanak berkenaan ternyata dalam ketakutan.


Disebabkan anaknya itu enggan turun ke dalam air, dia telah mengambil tindakan drastik dengan mencampakkan kanak-kanak lelaki itu ke dalam air.


Kanak-kanak itu kemudiannya dilihat terpaksa bergelut untuk memastikan dia dapat bertahan dalam air berkenaan.


Tidak diketahui sama ada kanak-kanak itu berjaya belajar berenang atau tidak kerana video berkenaan hanya beberapa saat sahaja.


Namun ia cukup untuk menyebabkan netizen berasa marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.


Ia juga mengakibatkan lelaki berkenaan mendapat kecaman ramai. Tarikh dan lokasi tempat itu bagaimanapun tidak didedahkan.



- mynewshub.cc