Video: Bahana Main Pemetik Api, Kereta Disambar Api

VIRAL di laman sosial sebuah video memaparkan kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak apabila sebuah kereta disambar api ketika sedang mengisi minyak.


Menerusi rakaman kamera pengawasan, video pendek berdurasi 47 saat itu menyaksikan sebuah proton saga yang dipandu seorang wanita sedang mengisi minyak tiba-tiba dikejutkan dengan kebakaran dari dalam keretanya.


Menurut sumber, kejadian yang berlaku di Stesen Caltex Guchil, Kuala Krai itu berpunca daripada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Saifuddin yang bermain pemetik api.


Video: Bahana Main Pemetik Api, Kereta Disambar Api


Saifuddin merupakan murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Sungai Pas itu dipercayai mengalami melecur di bahagian muka akibat disambar api dalam kejadian tersebut sebelum sempat ditarik keluar oleh ibunya.


Kakitangan stesen berkenaan yang melihat kebakaran itu lantas bertindak memadamkan api menggunakan alat pemadam api bagi mengelakkan kebakaran itu bertambah teruk.


Saifuddin dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II bagi mendapatkan rawatan lanjut. -MYNEWSHUB.CC