Toyota perkenal model Hilux 2.4G AT Limited Edition dan model 2.4G STD

UMW Toyota Motor mengumumkan varian sporty baharu untuk trak pikap Hilux mereka.


Hilux 2.4G Limited Edition datang dengan aksesori asli Toyota seperti gril hadapan warna hitam, pelindung bamper hadapan, penutup lampu hadapan dengan tinta kelabu gelap, penutup keliling lampu kabus warna kelabu gelap dan vermin sisi juga dlam warna kelabu gelap.


Hilux LE Grill


Tiang bumbung tengah dtang dengan kemasan carbon-fibre sementara lampu belakang turut diberi sentuhan warna kelabu gelap pada kelilingnya.


Sticker jalur dilekatkan di atas hud enjin dan bahagian atas bumbung mendapat warna hitam dan roof rail.


Bahagian sisi dan belakang juga mendapat sticker jalur yang agak sporty itu.


Paling menonjol ialah over-fender (jaluran plastik di keliling ruang tayar) warna hitam yang terus menaikan imej “rugged” Hilux keluaran khas ini.



Kesemua aksesori dipasang secara profesional oleh Pusat Aksesori milik UMW Toyota Motors sendiri dan ia datang lengkap dengan waranti untuk kecacatan pengilangan (manufacturing defect).


Secara teknikal, ia sama dengan Hilux 2.4G. Enjin 2.4-litre jenis 2GD-FTV menghasilkan 150PS dan 400 Nm, 47 peratus dn 54 peratus lebih tinggi dari enjin 2.5L dalam Hilux generasi sebelumnya.


Hilux LE Rear Lamp


Transmisi 6-kelajuan automatik dengan sistem Super ECT dengan fungsi bijak seperti kemampuan untuk menurun gear dengan lebih tepat bila kelajuan enjin rendah serta sistem High Speed Gear Control yang akan membataskan penggunaan gear tinggi bila komputer mengesan kenderaan sedng mengangkut bebanan berat.


Harga Hilux 2.4G AT Limited Edition ini ialah RM126,000, bermakna ia adalah RM4,100 lebih mahal dari varian standrd 2.4G AT.


Seperti model G lain, ia juga mempunyai sistem kemasukan keyless dan butang Start/Stop dan skrin sesentuh 6.1-inci untuk kawalan multimedia.


Dalam masa yang sama, UMW Toyota Motors memperkenalkan dua varian Standard baharu, iaitu 2.4G STD MT dengan harga RM108,500 dan 2.4G STD AT dengan harga RM118,300.


Varian 2.4G STD mempunyai kelengkapan aksesori yang rendah sedikit dari model 2.4G, dan kerana itu harganya lebih rendah dari model 2.4G MT pada RM109,900 dan model 2.4G AT pada RM121,900.


Dan sebelum anda mengeluh, ya, harga trak pikap naik mendadak dalam masa tiga tahun kebelakangan ini di Malaysia dan juga Thailand kerana kadar keuntungan yang lebih tinggi akibat tren trak pikap mewah yang semakin popular di Thailand dan Malaysia.