Toyota dinamakan sebagai Syarikat Kenderaan Nombor 1 Dunia kali ketiga berturut-turut!

Toyota sekali lagi dinamakan oleh majalah Fortune sebagai salah satu Syarikat Paling Dikagumi Dunia (World’s Most Admired Companies) dan Syarikat Kenderaan Nombor 1 Dunia buat kali ketiga berturut-turut dalam ranking tahunan majalah itu.


Fortune World's Mots Admired Companies - Motor Vehicles (2)


Dalam senarai Syarikat Paling Dikagumi Dunia yang dikeluarkan oleh majalah Fortune, Toyota berada di tempat ke 34 di antara 50 syarikat teratas (All-Star). Ranking yang dikeluarkan oleh majalah Fortune itu telah diterima luas sebagai salah satu laporan prestasi korporat di mana ia menggunakan kaedah tinjauan di kalangan pemain industri.


Toyota Vios 2016 MY Spec (1)


“Toyota berbangga untuk sekali lagi disenaraikan dalam kumpulan syarikat paling dikagumi dunia, pengiktirafan ini adalah penghargaan di atas komitmen pasukan kami dalam melakukan pembaharuan dan usaha bagi melebihi jangkaan pelanggan, kami di Toyota adalah peneraju dalam mewujudkan masa depan mobiliti dan perubahan positif melalui kenderaan yang lebih selamat, mesra alam dan pengalaman pemanduan menyeronokkan.” kata Jim Lents, Ketua Pegawai Operasi Toyota Motor Amerika Utara.



Toyota 86 2017 US Spec
Toyota Corolla LE US SPEC 2014.01

Bagaimana ranking itu dibuat?


Majalah Fortune menggunakan khidmat Korn Herry Group untuk menyenaraikan ranking tersebut. Kajian bermula dengan senarai sebanyak 1,500 syarikat yang mempunyai perolehan USD 10 bilion atau lebih. Kemudian, 15 syarikat terbesar mengikut industri antarabangsa dan 10 syarikat terbesar di Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah tinjauan sebanyak 680 syarikat di 28 buah negara.


Untuk mendapatkan senarai 50 Syarikat Paling Dikagumi, Korn Ferry Hay Group akan membuat tinjauan kepada 3,800 eksekutif, pengarah dan penganalisa industri untuk memilih 10 syarikat yang paling dikagumi. Mereka akan membuat pilihan berdasarkan syarikat yang berada dalam senarai 25% teratas keseluruhan dan 20% teratas dalam industri masing-masing mengikut tinjauan tahun lepas. Peserta yang terlibat bebas untuk mengundi syarikat pilihan mereka dalam mana-mana industri.


Syarikat yang tersenarai dinilai berdasarkan Inovasi, Pengurusan Manusia (People Management), Penggunaan Aset Korporat, Tanggungjawab Sosial, Kualiti Pengurusan, Kekukuhan Kewangan, Nilai Pelaburan Jangka Panjang, Kualiti Produk atau Perkhidmatan dan Daya Saing Global.


Di dalam senarai industri kenderaan (motor vehicles), BMW di tempat kedua, Honda di tempat ketiga, Daimler di tempat keempat dan Ford Motor di tempat kelima.


Toyota.red.logo (1)


Senarai penuh ranking boleh dibaca melalui majalah Fortune edisi Mac manakala senarai kedudukan syarikat kenderaan boleh dilihat di pautan laman web:fortune.com


Penulis:Muhammad Md Tajudin