Tonton HyppTV dan sertai HyppRush untuk memenangi hadiah menarik

Peraduan HyppTV HyppRush kembali lagi, menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi setiap minggu dan setiap bulan. Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan baru dan sedia ada, yang melanggan HyppTV menerusi UniFI atau Streamyx. Ia turut terbuka kepada pelanggan HyppTV Everywhere.


Peraduan HyppTV Rush bermula dari 2 Mei sehingga 31 Disember 2016. Ia menyediakan hadiah berupa sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A7 setiap minggu, dan sebuah kereta sebagai hadiah bulanan. Hanya tonton saluran HyppTV terpilih untuk peluang memenangi hadiah ini.


HyppTV Rush 2016 - HADIAH MINGGUAN DAN BULANAN


Untuk mendapatkan peluang memenangi hadiah yang ditawarkan, ikuti langkah di bawah ini:


Cara untuk menyertai Peraduan Mingguan



  1. Tonton saluran HyppTV terpilih dari hari Isnin sehingga Ahad untuk mendapatkan satu (1) kata laluan setiap minggu;

  2. Layari lawan web rasmi peraduan HyppTV HyppRush di www.tm.com.my/hypprush.

  3. Bagi penyertaan kali pertama, penonton perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu;

  4. Masukkan kata laluan yang tepat untuk setiap minggu


Cara untuk menyertai Peraduan Hadiah Utama setiap bulan



  1. Tonton saluran HyppTV terpilih dari hari Isnin hingga Ahad bagi empat (4) minggu berturut-turut untuk mendapatkan satu (1) kata laluan setiap minggu;

  2. Kumpul kesemua empat (4) kata laluan bagi bulan tersebut;

  3. Layari laman web rasmi HyppTV HyppRush di www.tm.com.my/hypprush.

  4. Bagi penyertaan kali pertama, penonton perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.

  5. Masukkan kesemua empat (4) kata laluan dengan tepat; dan

  6. Berikan slogan paling menarik, tidak melebihi 15 patah perkataan di laman web tersebut.


Telekom Malaysia (TM) turut menawarkan hadiah wang tunai RM100, kepada pelanggan HyppTV yang menyertai peraduan radio HyppTV HyppRush di Hot FM, Fly FM dan One FM. Peraduan radio ini diadakan dua kali setiap hari, bermula hari Isnin hingga Jumaat sepanjang tempoh peraduan.


HyppTV kini menyediakan 114 saluran dengan 46 saluran dalam definisi tinggi (HD). Ia terdiri dari 51 saluran premium, 26 saluran percuma, 5 saluran Radio, 10 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif. Ia boleh dilanggan oleh pengguna UniFi serta Streamyx 4Mbps dan 8Mbps.


Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan HyppTV HyppRush dan cara penyertaan, layari laman web rasmi HyppRush di www.tm.com.my/hypprush.


 


The post Tonton HyppTV dan sertai HyppRush untuk memenangi hadiah menarik appeared first on TheSkop.