Tindakan proaktif Hong Leong Yamaha Motor legakan pemilik R25


Semalam Yamaha Motor Co. Ltd., Jepun telah mengumumkan rancangan pemanggilan balik proaktif bagi kesemua motosikal Yamaha YZF-R25 berkaitan suis pencucuhan dan pendakap tangki bahan api. Pemanggilan balik ini adalah untuk memastikan semua pelanggan YZF-R25 mereka akan terus menikmati produk mereka tersebut untuk tujuan yang dimaksudkan sepenuhnya.


Hong Leong Yamaha Sdn. Bhd., Sebagai pengeluar yang bertanggungjawab dan pemasang motosikal Yamaha di Malaysia turut senada syarikat induk di Jepun bagi meneruskan komitmen mereka dalam menegakkan piawaian keperluan perkhidmatan tinggi bagi selepas jualan.


HLYM kini dalam proses mengumpul lebih banyak maklumat bagi membolehkanmereka untuk mengangani isu ini dengan lebih baik, dan memberi keyakinan bahawa persiapan untuk tindakan khidmat pelanggan berhubung perkara ini adalah dalam perancangan. Satu pengumuman rasmi akan diterbitkan tidak lama lagi melalui laman web rasmi mereka di www.yamaha-motor.com.my dan juga rangkaian pengedar sah Yamaha mereka.


Dalam pada itu, Yamaha memberi pengesahan bahawa pemilik R25 boleh terus menunggang dan kekalkan menyelenggara motosikal anda mengikut arahan dalam manual pemilik.



Pengumuman rasmi mereka boleh anda baca sendiri di pautan ini.


Terima kasih.