#1
Tidak Perlu Cipta Hashtag, Netizen Tidak Restu Neelofa Dan Syed Saddiq

Sekarang ini nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq amat popular diperkatakan dikalangan netizen, bukan sahaja memiliki wajah yang tampan, beliau juga seorang yang sangat bijak dan masih lagi solo. Tidak dinafikan beliau mempunyai ramai peminat diluar sana.

-

Baru-baru ini, pemuda itu dijemput ke program hiburan MeleTOP dan sempat memuat naik foto -selfie- bersama Nabil dan Neelofa yang dikongsikan di akaun Twitternya. Walaubagaimanapun, kapsyen Syed Saddiq membuatkan ramai gadis tidak senang hati dan kecewa dengan kapsyen yang dipercayai ditujukan buat Neelofa.

-

-----------
--- ---
---
-

Mereka seakan tidak merestui sekiranya Syed Saddiq berhasrat untuk menjadikan Neelofa sebagai suri hatinya. Sampai ada yang membangkang mana-mana pihak yang ingin mencipta hashtag untuk mereka berdua. Fuh!

-

-

Untuk pengetahuan anda, Syed Saddiq sangat mengkagumi Neelofa sebenarnya. Beliau menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang intelektual dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang baik sehingga mampu mengangkat nama Malaysia di mata dunia selain menjadi inspirasi buat ramai rakyat Malaysia.

-

Hendak buat macam mana YB, kalau netizen tidak restu anda hanya mampu ucapkan Hi Hi Bye Bye sahajalah pada Neelofa. Tidak mengapa, banyak lagi calon lain. Heh..

-

Kredit Video : MeleTOP


Norlida Ishak Shop
Comments