Tiada had kuota media sosial dengan U Mobile App-Onz

U Mobile memang sedia diketahui menjadi peneraju dalam memperkenalkan perkara serba baru dalam dunia telekomunikasi. Hari ini, U Mobile melancarkan satu lagi tawaran terbaru untuk semua pelanggannya, dikenali sebagai App-Onz.


Sebelum ini, U Mobile memperlopori Video-Onz, kuota data khas untuk platform strim video. Ia diikuti Music-Onz khusus untuk strim muzik, serta Game-Onz untuk peminat permainan komputer. Hari ini, App-Onz menambah lebih nilai kepada pengguna U Mobile apabila memberikan data berkelajuan tinggi percuma untuk kegunaan Facebook, Twitter dan Instagram tanpa had.


U Mobile turut melancarkan pelan baru prabayar, dikenali sebagai Unlimited Power Prepaid. Ia masih mengekalkan tawaran yang sama seperti pek permulaan sebelum ini, macam harga jualan pek RM8.50 dengan kredit RM5 di dalam dan 200MB data berkelajuan tinggi. Tetapi ia kini disertakan panggilan percuma 300 minit sesama talian U Mobile, setiap bulan. Seperkara lagi, kadar panggilan meningkat dari 8sen/30 saat, menjadi 12sen/30saat.


Tidak dapat dinafikan, media sosial merupakan keperluan utama pengguna telefon pintar masakini, apatah lagi untuk golongan muda remaja. Dengan App-Onz, mereka tidak lagi perlu gusar kekangan kuota data, kerana tiada had penggunaann untuk Facebook, Twitter dan Instagram.



Tawaran App-Onz terbaru ini diberikan percuma kepada semua pengguna, pascabayar dan prabayar. Hanya pastikan talian kekal aktif, ia boleh digunakan tanpa had.


Untuk pengguna prabayar U Mobile sedia ada, mereka perlu bertukar kepada pelan baru Unlimited Power Prepaid untuk menikmati App-Onz. Ia boleh dibuat dengan mendail *118*6*2*3#, bermula 17 Februari 2017.


Bagi pengguna pascabayar, pelan yang menerima App-Onz adalah Pelan Hero (P28, P50, P70 dan P98), iPlans, Ultimate Device dan Broadband. Ia akan ditambah ke pelan pascabayar antara 17 dan 25 Februari 2017.


Aplikasi media sosial percuma tanpa had, strim video percuma, strim muzik percuma tanpa had dan tambah nilai main game percuma, apa lagi ONZ yang anda rasa masih belum cukup di U Mobile ni?


The post Tiada had kuota media sosial dengan U Mobile App-Onz appeared first on TheSkop.