Terisak-isak Baca Yassin Disisi Jenazah Ayah

Seorang kanak kanak Muhammad Haiqal Farhan tidak dapat menahan sebak ketika membaca yasin diatas land rover polis untuk arwah ayahnya yang maut terlibat dalam kemalangan jalan raya pagi semalam di Jln Sebangkoi,Sarekei Sarawak.

Dimaklumkan Haiqal Farhan adalah orang yang paling rapat dengan arwah ayah, Haiqal Farhan yang juga memiliki minat sukan badminton selalu mendapat sokongan dari arwah ayahnya untuk mewakili negeri serawak kelak.

Dalam kejadian yang berlaku pagi semalam,mangsa Karim Sabli 44 tahun yang juga merupakan seorang cikgu meninggal dunia ditempat kejadian apabila kereta jenis Toyota Wish yang dipandunya bertembung dengan sebuah trak yang datang dari arah Sarikei.

Akibat perlanggaran itu kereta mangsa remuk dan arwah terhumban ke tepi jalan. Mangsa dilaporkan meninggal di tempat kejadian


Turut berada dalam kendeaan itu adalah dua orang wanita yang dilaporkan turut cedera,bagaimanapun mayat mangsa kini bearada di hospital Sarikei untuk siasatan lanjut.