Teka nama telefon Redmi baru di Lazada

Xiaomi memang popular dengan telefon yang berbaloi dimiliki pada harga rendah. Tidak lama lagi, Xiaomi Malaysia dijangka akan memperkenalkan telefon pintar baru mampu milik untuk Malaysia.


Lazada Malaysia, di mana stor online rasmi Mi Malaysia dibuka, memaparkan status di Facebook yang mahu pengunjung meneka nama peranti Redmi yang akan tiba tidak lama lagi. Dari klu yang diberikan, ia membawa kepada nama Redmi 4A.



[CONTEST] Good news everyone! This Early Bird CNY Sale, our good friend Mi Bunny has a special treat for you guys. If…


Posted by Lazada on Sunday, January 8, 2017



 


Peraduan teka nama Redmi ini sedang berlangsung di Facebook Lazada Malaysia. Anda berpeluang memenangi telefon pintar Redmi jika menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 17 Januari 2017. Jadi, mungkin kita akan mendengar pengumuman rasmi tentang Redmi baru ini selepas itu.


Redmi 4A adalah model paling asas dari siri Redmi 4. Rupanya sangat serupa seperti Redmi 3S yang telah dijual di Malaysia, dengan skrin 5-inci HD tetapi tidak memiliki pengimbas capjari di belakang.


Redmi 4A teka nama Lazada - merah jambu belakang depan


Ia menggunakan pemproses Snapdragon 425 4-teras, dengan RAM hanya 2GB. Storan dalaman pula sebesar 16GB dan menerima kad memori mikroSD melalui slot hibrid dwi-sim.


Kameranya pula 13MP f/2.2 di belakang, dengan 5MP f/2.2 di depan. Baterinya pula berkapasiti 3,120mAh dan dicas melalui port mikroUSB. Di China, Redmia 4A dijual pada harga RMB499 (~RM322). Di Malaysia, ia harganya mungkin melebihi RM400.


Nantikan pengumuman di Lazada Malaysia, sambil sertai pertandingan teka nama tersebut. Untuk maklumat lanjut berkenaan telefon ini, layaari laman produk Redmi 4A.


[SUMBER: Lazada Malaysia, SoyaCincau]

The post Teka nama telefon Redmi baru di Lazada appeared first on TheSkop.