Tawaran istimewa peranti Acer untuk pengguna Astro IPTV

Acer Malaysia hari ini mengumumkan tawaran khas peranti pintar mereka, untuk pelanggan Astro IPTV. Dari 15 Jun sehingga 17 Julai 2016, pelangagn Astro IPTV boleh membeli telefon pintar Acer Liquid Z330 atau Tablet Acer Iconia Talk 7 pada harga lebih rendah, bersama hadiah istimewa.


Pelanggan baru Astro IPTV akan menerima baucer elektronik berbentuk kod, apabila Astro mereka diaktifkan. Kod ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli peranti yang ditawarkan tadi, menerusi Stor Acer di Lazada Malaysia.


Dengan promosi ini, Acer Liquid Z330 boleh dibeli pada harga RM269 sahaja (harga asal RM439). Manakala tablet Acer Iconia Talk 7 pula berharga hanya RM399 (harga asal RM449). Kedua-dua peranti ini turut diberikan pelindung skrin percuma.


Acer Liquid Z330 putih depan belakang 2


Telefon pintar Acer Liquid Z330 dikuasakan CPU 4-teras 1.1Ghz, bersama 1GB RAM dan 8GB storan. Ia memiliki dua slot kad sim yang menyokong rangkaian 4G LTE. Skrinnya sebesar 4.5-inci dan memiliki bateri berkapasiti 2,000mAh. Kedua-dua kamera depan dan belakangnya memiliki resolusi 5MP.


Acer Iconia Talk 7 emas depan belakang 2


Tablet Acer Iconia Talk 7 pula memiliki skrin 7-inci dan boleh digunakan untuk membuat panggilan. Ia dikuasakan CPU 4-teras 1.3GHz, 1GB RAM dan 16GB storan. Slot kad simnya menyokong rangkaian 3G sahaja, tetapi ia memiliki bateri sebesar 3,380mAh.


Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi talian bebas tol Acer Infonline di nombor 1800-88-1288 (9-am-6pm, Isnin hingga Jumaat).



The post Tawaran istimewa peranti Acer untuk pengguna Astro IPTV appeared first on TheSkop.