Tawaran bonus tunai sehingga RM12,000 dari Mitsubishi

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) iaitu pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia kini menawarkan peluang menarik dengan tawaran bonus tunai sehingga RM12,000 untuk model Mitsubishi yang terpilih.


image003


Pelanggan yang memilih Triton baharu akan dapat menikmati bonus tunai bernilai sehingga RM9,000 serta tiga tahun atau jaminan 100,000km had perbatuan. Bonus tunai bagi kesemua varian Triton adalah seperti berikut:















































No Model/Variant Cash Bonus OTR Price without insurance GST inclusive (RM) in Peninsular Malaysia
1 Triton VGT Adventure X 6,000 127,200.00
2 Triton VGT Adventure 7,000 120,400.00
3 Triton VGT AT 8,000 111,600.00
4 Triton VGT MT 7,000 104,800.00
5 Triton MT 9,000 91,200.00
6 Triton Quest 6,000 76,300.00

Bagi pelanggan yang memilih SUV ASX kompak, anda akan menikmati bonus tunai sehingga RM10,000 bagi varian terpilih serta lima tahun jaminan tanpa had perbatuan.  SUV kompak ini boleh didapati dengan harga bermula dari RM 105,744.31 untuk model ASX 2WD GL.


Harga bagi model ASX 2WD  bermula dari RM 115,468.71 dan  model ASX 4WD pula bermula dari RM 129,010.43.


ASX Compact SUV- Enjoy bonus up worth to RM10,000 and 5-Years warranty with unlimited mileage.


Untuk model SUV Outlander pula, bonus tunai yang diberikan adalah sehingga RM4,000, dua tahun penyelenggaraan secara percuma dan jaminan lima tahun atau 100,000km had perbatuan.


Harga SUV Outlander yang telah memenangi anugerah SUV Crossover saiz sederhana 4×4 dengan tujuh tempat duduk yang terbaik di “Car Sifu Efitor’s Choice Award 2016” ini bermula dari RM168,600.


All-New Outlander- Bonus up to RM4, 000 and 2-Years Free Maintenance


Bagi mereka yang memilih Pajero Sport VGT, anda berpeluang menikmati bonus tunai sehingga RM10,000 dan lima tahun jaminan tanpa had perbatuan. Pajero Sport VGT ini dijual dari harga RM 179,716.92.


Pajero Sport- Cash bonus worth up to RM10, 000 and 5-Years warranty with unlimited mileage


Untuk mereka yang mencari sebuah kenderaan sedan, anda boleh memilih sedan-eco Mitsubishi Attrage GS dan akan menikmati bonus tunai sehingga RM12,000. Harga bermula dari RM 75,250.33.


aTTRaGE



  • Tertakluk kepada terma dan syarat – sementara stok masih ada.

  • Nilai rebat tunai tertakluk kepada varian model.

  • Harga yang disebut diatas adalah harga atas jalan termasuk GST untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia (tidak boleh digunakan pakai di Langkawi) dan tidak termasuk insuran.