www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tuah masa tambahan bawa Croatia cipta sejarah mara ke final

0 month ago, 11-Jul-2018

JARINGAN Mario Mandzukic pada minit ke-109 membawa Croatia mencipta sejarah mara buat pertama kalinya ke pentas akhir Piala Dunia.

Gol itu hadir di masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 90 minit masa sebenar sekali gus meranapkan impian England membawa pulang Piala Dunia tahun ini walaupun telah berkobar-kebar melaungkan slogan ‘Its coming home’.

Dalam perlawanan England terlebih dahulu di depan seawal minit ke-5 menerusi jaringan Kieran Trippier yang menyudahkan sepakan percuma cantik menewaskan Danijel Subasic.

Walaupun Croatia menguasai perlawanan di babak pertama, namun England dilihat lebih banyak mencipta percubaan berbahaya, namun, keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, England mula memperlahankan tempo mereka sedang Croatia dilihat lebih agresif memburu gol penyamaan.

Hasilnya, Ivan Perisic berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-68 selepas menyudahkan hantaran Sime Vrsaljko.

Namun keputusan 1-1 itu kekal sehingga tamat 90 minit dan memaksa perlawanan bersambung di masa tambahan yang menyaksikan Mandzukic muncul wira untuk membawa Croatia mara ke final sekali gus mengatasi skuad 1998 yang meraih tempat ketiga sebelum ini.

Untuk rekod, Croatia turut mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya pasukan yang terpaksa menempuh perlawanan di masa tambahan sebanyak tiga kali berturut-turut selepas menjuarai kumpulan C.

Pada aksi 16 terbaik, mereka terikat 1-1 dengan Denmark dan telah mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti sebelum menang 3-2.

Nasib sama menimpa di suku akhir apabila diikat tuan rumah Rusia, 1-1 selepas tamat 90 minit masa sebenar. Bagaimanapun Croatia berjaya menjaringkan gol kedua di masa tambahan, namun ia tidak kekal lama apabila Rusia kembali mengikat kedudukan 2-2, sekali gus diheret ke penentuan sepakan penalti.

Sekali lagi tuah memihak mereka apabila menang 4-3 pada penentuan penalti tersebut.

Lawan yang akan menanti Croatia di perlawanan akhir tidak lain dan tidak bukan, juara Piala Dunia 1998, Perancis yang menjadi pasukan yang menewaskan skuad emas Croatia di separuh akhir edisi 1998.

Ini akan menjadi peluang terbaik untuk skuad Zatko Dalic membalas dendam sekali gus menjulang Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah. Semuanya hanya akan terjawab pada 15 Julai nanti.

Tuah masa tambahan bawa Croatia cipta sejarah mara ke final Sukan Sinar.

SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts