"Tak Malu ke Haji Nabil?"

Sejak beberapa hari lalu kecoh di akaun instagram milik seorang jurugambar perkahwinan yang dikenali sebagai @asyraf.manan, selepas dia berkongsi gambar yang menunjukkan pelawak terkenal Nabil Ahmad dan isterinya sedang bercumbu di sebuah lokasi di Venice, Itali.

Foto adegan bercumbu itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Bahkan ada sebilangannya berasa kurang senang tidak dengan perlakuan pasangan itu.

Antara komen-komen pedas yang diberikan di ruang komen gambar itu ialah:

zurailazakaria: X malu ke haji nabil. Thu la kau suami isteri tp x elok buat mcm tu. Blkg tu ada org.. Lepas berbaju melayu plk tu.. Kalau tersyg darling sgt pon benda mcm tu x pyh live sgt.. Jaga adat

zatiey_rahman: Berkasih syg antara suami isteri haram dipertontonkan Haji &Hajjah...


Sementara itu, di ruang komen itu juga terlihat pelawak dan pengacara Jihan memberikan komen selain turut mengirimkan pesanan berbaur amaran,

jihanmuse: @asyraf.manan ko jgn uplod aku punya. Tu exclusive