Swafoto Pertama SRK Dengan Aamir Selepas 25 Tahun Berkawan

Hubungan aktor terkenal Bollywood, Shahrukh Khan dengan Aamir Khan bukan pun akrab. Tidak seperti hubungan Shahrukh dengan Salman satu masa dulu atau Aamir dan Salman di masa kini. Bintang-bintang Bollywood ini tidak bermusuhan namun juga tidaklah terlalu rapat antara satu sama lain.

Sepanjang perjalanan karier Aamir dan Shahrukh di dunia filem, kedua-duanya juga jarang sekali bekerja bersama. Apatahlah melihat mereka bergambar bersama juga amat jarang, baik untuk projek mahupun di acara hiburan.

Namun beberapa hari lalu, Shahrukh membuat kejutan dengan memuat naik di akaun Instagramnya sekeping foto menunjukkan dia berswafoto bersama Aamir Khan, sekaligus menjadi bualan hangat pengikut di dunia maya.

"Kami kenal satu sama lain selama 25 tahun dan ini adalah untuk pertama kalinya kami selfie. Malam yang menyenangkan," tulis @iamsrk.

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikut kedua pelakon ini sekaligus mendapat lebih 600k 'like' dan lebih 7400 komenta di akaun @iamsrk.


Rata-rata netizen berharap Shahrukh dan Aamir Khan akan bergandingan menerusi filem satu hari nanti.