Suspek Kes Jong Nam Sah Rakyat Indonesia

WANITA dipercayai suspek (dua kiri, berbaju kuning) yang disahkan warga negara Indonesia.
Jakarta: Kementerian Luar Indonesia, hari ini mengesahkan suspek wanita yang ditahan berhubung kes pembunuhan abang Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam adalah warga negara itu.

“Kedutaan kami di Malaysia mengesahkan maklumat diterima daripada pihak berkuasa Malaysia dan berdasarkan maklumat awal, wanita itu adalah rakyat Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pihak Kedutaan sudah memohon kebenaran rasmi bagi memberi bantuan guaman, jika perlu.


Jong Nam adalah abang kepada Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas diserkup dengan kain diletakkan racun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lalu.-Harian Metro