Sultan Johor ziarah waris lapan remaja maut

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menziarah waris mangsa tragedi lapan remaja maut dirempuh kenderaan di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini awal pagi tadi.

Sultan Ibrahim turut berkongsi kesedihannya perasaan kehilangan anakandanya.

Baginda turut menasihatkan ibu bapa menjaga anak-anak dibawah jagaan mereka dengan baik.

"Saya juga berasa sedih apa lagi (tunjuk waris mangsa), saya juga ada anak, yang pergi takkan kembali lagi. Pesanan saya kepada semua,jaga biarkan anak-anak main di tengah-tengah malam.

"Biar dia menangis, jangan biar kita menangis. Saya ucapkan takziah dan bantuan akan dihulurkan," katanya ketika melawat Bilik Mayat, Hospital Sultanah Aminah, di sini kira-kira jam 11.14 pagi.


Sultan Ibrahim berharap waris mangsa yang terlibat tabah dan menerima ketentuan ALLAH.

Sultan Ibrahim dilihat tidak dapat menahan sebak dan beberapa kali mengelap air matanya sewaktu bertemu waris mangsa.



Dalam kejadian 3.00 pagi itu, sekumpulan 40 hingga 40 remaja melakukan aktiviti berbasikal di bandaraya ini dirempuh sebuah kenderaan jenis Nissan Almera yang turut menyebabkan dua lagi remaja kritikal dan enam mengalami cedera ringan.