www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Sukan Asia: Khairul Anuar enggan letak sasaran elak tekanan

0 month ago, 12-Jul-2018

Khairul Anuar Mohamad

Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad tidak mahu memberikan tekanan kepada dirinya dengan meletakkan sasaran bagi acara recurve individu apabila bersaing di Sukan Asia Indonesia bermula 18 Ogos hingga 2 September depan.

Pemanah berusia 26 tahun daripada Terengganu itu berkata, walaupun mempunyai misi tersendiri bagi individu untuk dicapai di Jakarta, beliau tidak mahu terlalu mengejar sasaran sehingga menjejaskan prestasinya.

Untuk acara individu, saya nak lebih santai tapi bagi acara berpasukan, saya akan push betul-betul. Cabaran memang sengit, terutamanya dari negara Korea Selatan dan China yang merupakan pasukan handalan dunia.

Jadi apabila kita dah tahu negara yang bakal memberikan saingan sengit, kita ada strategi sendiri pada pusingan kelayakan nanti supaya mendapatkan laluan mudah untuk meraih pingat, katanya kepada pemberita selepas lawatan Ketua Kontinjen negara ke Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Skuad recurve lelaki negara dibarisi Khairul Anuar, Muhammad Akmal Nor Hasrin, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Zarif Zolkepeli.

 

Pemenang pingat perak acara recurve berpasukan lelaki Sukan Asia 2014 itu mengakui, beliau boleh merasai peningkatan dalam prestasi anggota pasukannya menjelang temasya kali ini, berbanding empat tahun yang lalu.

Khairul Anuar dan Haziq merupakan anggota pasukan yang meraih pingat perak acara recurve berpasukan lelaki pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan, iaitu satu-satunya pingat negara bagi sukan memanah di temasya empat tahun sekali itu.

Mengulas persiapan ke Piala Dunia memanah di Berlin, Jerman bermula 16-22 Julai ini, beliau berkata persiapan lancar untuk mencapai sasaran meraih pingat, selepas meraih gangsa pada Kejohanan Piala Dunia peringkat ketiga di Salt Lake City, Amerika Syarikat pada 24 Jun lepas.

Sementara itu, ketua jurulatih, Lee Jae-hyung berkata Malaysia berpeluang untuk menewaskan Korea Selatan, berikutan prestasi seorang daripada pemanah negara itu sedikit goyah.

“Buat masa ini, pasukan kita dan Jepun sudah mengejar Korea Selatan, ada kemungkinan untuk mengatasi mereka pada bila-bila masa. Pemanah kita berada dalam proses pemulihan selepas hilang hampir 4kg ketika bulan puasa.

Selepas Piala Dunia di Jerman, kita akan bertolak ke Korea Selatan pada 26 Julai untuk latihan intensif selama tiga minggu sebelum ke Jakarta untuk memastikan pasukan berada pada tahap terbaik,” katanya. – Bernama

Sukan Asia: Khairul Anuar enggan letak sasaran elak tekanan Sukan Sinar.

SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts