www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Sukan Asia 2018: Ong Kim Swee Mahu Anak Buahnya Kawal Emosi

0 month ago, 10-Aug-2018

Semalam insiden pergaduhan ala kung-fu mencemari perlawanan persahabatan di antara skuad Malaysia Bawah 23 (B-23) dengan Emiriah Arab Bersatu (B-23) di minit akhir sehingga memaksa perlawanan ditamatkan dengan segera.

Insiden itu berlaku ketika Malaysia mendahului 2-0 dan pergaduhan bermula apabila beberapa pemain serta pegawai UAE bertindak menyerang pemain kebangsaan, dipercayai berpunca daripada beberapa kekasaran yang dilakukan oleh pemain kedua-dua pasukan sebelum itu.

Pergaduhan itu berjaya dikawal oleh anggota keselamatan kira-kira dua minit kemudian.

Mengulas mengenai insiden tersebut, pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu kejadian yang serupa berulang lagi dalam saingan Sukan Asia dan memberi amaran kepada pemainnya agar bijak mengawal emosi mereka.

Pemain perlu lebih pandai mengawal emosi mereka bila berhadapan dengan provokasi daripada pihak lawan, jika insiden ini berlaku semasa di Sukan Asia nanti ia akan merugikan kita, katanya kepada Bernama.

Safawi Rashid menjaringkan gol pembukaan semalam. FOTO: FAM

Walaubagaimanapun tiada pemain yang mengalami kecederaan akibat daripada insiden tersebut dan Kim Swee dijangka akan mengumumkan 20 pemain terbaik yang akan mewakili negara di temasya itu ahad ini.

Ini merupakan kemenangan kedua mereka ke atas pasukan dari teluk arab selepas menewaskan Arab Saudi 1-0 di saingan AFC B-23 Tahun pada januari lalu. Insiden tersebut sememangnya dapat dijangka kerana menjadi kebiasaan pasukan UAE atau mana-mana pasukan dari Timur Tengah melakukan provokasi terhadap pasukan lawan apabila mereka ketinggalan.

UAE merupakan pasukan yang berada di ranking lebih tinggi daripada kita, mereka tidak biasa ketinggalan, keadaan ini, provokasi sememangnya saya sudah jangka, katanya.

Dalam saingan Sukan Asia nanti, skuad bawah 23 negara diletakkan dalam Kumpulan E bersama-sama Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan. Sebelum ini, mereka tewas 1-2 kepada China dalam aksi persahabatan minggu lepas.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

Jadi Penyokong Kami atau Beri Sumbangan

SUMBER : semuanyabola.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts