Spotify sudah tiga tahun bertapak di Malaysia

Tidak dapat disangkal lagi, Spotify adalah servis penstriman muzik paling popular di dunia. Di Malaysia, seorang dari lima orang dengan akses ke internet, menggunakan servis Spotify.


Tahun ini, Spotify Malaysia menyambut ulangtahun ke-3 pelancarannya. Kandungan dan fungsi terbaik, menggabungkan lagu-lagu tempatan dan antarabangsa menjadi resipi kegemaran peminat muzik di Malaysia, kata Pengarah Urusan Soptify Asia, Sunita Kaur.


Pengarah Urusan Spotify Asia - Sunita Kaur


Beberapa fakta menarik tentang Spotify di Malaysia adalah:



Strim Spotify bersama fon kepala JBL - POP Balada


Spotify adalah percuma untuk digunakan menerusi pelbagai platform seperti telefon pintar, tablet dan komputer. Tetapi langganan Spotify Premium memberi pengguna penstriman tanpa iklan, serta servis luar talian.


Pengguna boleh membuat bayaran untuk melanggan Spotify Premium menggunakan talian Digi di Spotify.com. Pengguna MaxisONE pula, menikmatinya secara percuma. Di masa terdekat, kad hadiah Spotify akan boleh dibeli di kedai serbaguna 7-Eleven.


Dapatkan lebih banyak maklumat tentang Spotify di lamanweb Spotify Malaysia, serta sertai mereka di Facebook dan Twitter.


The post Spotify sudah tiga tahun bertapak di Malaysia appeared first on TheSkop.