SpongeBob Ajak Rakyat Malaysia Berlari

Selepas mencuri perhatian di Singapura dan Taiwan sebelum ini, watak siri kartun popular SpongeBob SquarePants bersama kawan-kawannya akhirnya sedia datang ke Malaysia!

Tambah mengujakan dan pastinya sangat menyeronokka buat pelari-pelari tanah air kerana kedatangan Sponge bakal dimeriahkan lagi dengan karnival SpongeBob Run in Malaysia.

Terbuka kepada orang ramai untuk menyertainya, karnival yang julung kali ini bakal diadakan di Setia City Park pada 26hb Mac (Ahad) dari jam 7 pagi hingga 1 tengah hari.

Acara larian itu mempunyai dua kategori iaitu 3 kilometer dan 5 kilometer. Kategori 3 kilometer terbuka kepada kanak-kanak berusia di bawah umur 9 tahun dan perlu ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang penjaga. Manakala kategori larian 5 kilometer pula terbuka kepada semua yang berumur 10 tahun dan ke atas.

Bagi kanak-kanak berumur 9 tahun ke bawah dikenakan pas bayaran sebanyak RM75 untuk setiap penyertaan. Sementara bayaran sebanyak RM95 untuk setiap mereka yang berusia 10 tahun dan ke atas.

Setiap pelari akan menerima bib eksklusif SpongeBob Run eksklusif dan pingat finisher, beg drawstring SpongeBob SquarePants dan bantal bagi setiap pas yang dibeli.

Pendaftaran kini dibuka hingga ke-5 Mac 2017 di www.sbrun.my atau www.myraceonline.com.

Disamping menawarkan pengalaman menyeronokkan, karnival ini turut memupuk gaya hidup sekaligus menggalakkan rakyat Malaysia menjaga kesihatan, meneratkan lagi hubungan kekeluargaan dan kesejahteraan bersama-sama watak-watak Nickelodeon yang disayangi seperti SpongeBob SquarePants dan Patrick Star.

"SpongeBob SquarePants adalah ikon budaya pop yang mempunyai pengikut di Facebook lebih ramai daripada daripada The Beatles.

Kini, kami bawakan SpongeBob ke dalam sukan larian! Kami mahu membantu menggalakkan umum menjalani gaya hidup yang sihat dan mengeratkan lagi ikatan keluarga dan serta hubungan antara satu sama lain melalui
SpongeBob Run semasa cuti sekolah yang akan datang, "Liew Kok Boon, selaku kata penganjur juga pengarah Paxgon Communications Sdn. Bhd.

SpongeBob Run menjadi lebih unik dan menarik dengan karnival Bikini Bottom di mana para peserta dapat menikmati laut-anak makanan dan minuman, sesi sliming, dan pelbagai aktiviti hiburan seperti lukisan muka dan banyak lagi. Para peserta juga akan berpeluang beramah mesra dengan lebih dekat lagi serta bergambar dengan SpongeBob dan Patrick.

SpongeBob SquarePants merukapan watak kartun span kuning yang tinggal di dasar laut. Dia sentiasa yakin, gembira dan suka bermain. Dia disukai dan disayangi oleh semua orang dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa.

SpongeBob telah menjadi selebriti yang tersendiri yang mencipta nama seiring selebriti terkenal dunia seperti Pharrell Williams dan bintang Asia seperti Ashin dari Mayday. SpongeBob juga telah bekerjasama dengan jenama-jena,a fesyen seperti Moschino, United Colors of, Benetton, Forever 21 dan jenama pakaian Asia, Stayreal.

"SpongeBob SquarePants telah memenangi hati rakyat Malaysia di kalangan generasi muda dan dewasa, itulah sebabnya kami bekerjasama dengan Nickelodeon untuk memberi pengalaman menyeronokkan kepada anak-anak, keluarga dan peminat di di SpongeBob Run," tambah Liew.