Siti Saleha Sahkan Bakal Berkahwin Tahun Ini

Pelakon Siti Saleha mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan tunangnya, Lutfi pada tahun ini. Siti Saleha akui mereka berdua kini sedang giat melakukan persiapan buat raja sehari mereka, namun buat masa ini pelakon jelita itu masih belum bersedia untuk mendedahkan butiran lanjut mengenai majlis tersebut.



Siti Saleha berharap peminat akan mendoakan agar segala perancangan perkahwinannya berjalan dengan lancar.


Persiapan sedang berjalan. Saya melakukannya sedikit demi sedikit. Sebagai contoh busana perkahwinan masih dalam proses perbincangan. Pada masa sama saya dan tunang masih mencari tarikh sesuai. Saya tak mahu beri tekanan kepadanya apatah lagi dia sibuk ke luar negara atas urusan kerja.



Insya-Allah jika semuanya sudah selesai, saya sedia berkongsi. Jadi doakan saja segala perancangan berjalan lancar.


Terdahulu, Siti Saleha pernah memberitahu beliau merancang untuk bernikah selepas Aidilfitri. SitiSaleha dan Lutfi mengikat tali pertunangan pada 26 November 2016.



InshaAllah semua akan mendoakan agar segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Allah SWT.


Sumber Berita : Harian Metro