Siti Saleha Bakal Umum Tarikh Kahwin

Penghujung bulan November tahun lalu, Siti Saleha telah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Lutfi.

Dalam perkembangan terbaru, Siti Saleha memberitahu kepada media tempatan bahawa dia kini sedang sibuk dalam urusan persiapan ke jenjang pelamin.

Walau bagaimanapun, bintang cantik itu akui terdapat beberapa persiapan yang masih lagi dalam perbincangan. Begitu juga dengan tarikh perkahwinan yang akan dimaklumkan kemudian.

Tiada harapan lain yang dipohon selain berharap orang ramai mendoakan segala perancangan berjalan lancar.

Untuk rekod, Siti Saleha pernah memberitahu beliau merancang untuk bernikah selepas Aidilfitri. Siti Saleha dan Lutfi mengikat tali pertunangan pada 26 November 2016.