Siti Nurhaliza Ke Bumi Palestin

Alhamdulillah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, suami, Datuk Seri Khalid dan ahli keluarga telah pun selamat menjejaki ke tanah bersejarah dalam perjuangan Islam di bumi Palestine, semalam.



Menerusi perkongsian Siti Nurhaliza yang mesra disapa Tok T, asyik dan seronok memaparkan pengalamannya yang kini berada di sana.



Perjalanan dari Amman, Jordan, diteruskan pula ke Jerusallam. Di sana Tok T menziarah ke Masjid Al-Aqsa.



"Alhamdulillah selamat sampai di Amman, Jordan. Menuju ke Jerusalem.

"Alhamdulillah kami sudah selamat berada di bumi Palestine," coretnya.



Semoga Tok T dan suami serta ahli keluarga selamat pergi dan pulang.