Siti Fairuz Gembira Terima Menantu

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Bila Rindu Ku Sebut Namamu', Siti Fairuz, baru sahaja menerima menantu yang pertama dalam keluarganya.

Farhanah Afifah anak kepada Siti Fairuz telah menamatkan zaman bujang dengan pasangannya Mohammad Bin Murtaza.


Siti Fairuz meluahkan rasa gembira apabila anak sulungnya telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang baik budi pekerti dan amat disenangi.

Katanya pernikahan anaknya telah diadakan lebih kurang enam bulan lepas sebelum majlis persandingan berlangsung.

Menurutnya pernikahan itu berlangsung awal kerana tarikh majlis persandingan yang akan dijalankan masih lambat dan beliau sebagai seorang ibu tahu tentang dugaan orang bercinta dan tidak mahu perkara yang tidak manis berlaku kepada anaknya. Maka beliau mengambil keputusan supaya majlis nikah diawalkan.

Sebagai seorang ibu beliau berkata bahawa dia mendoakan dan mengharapkan yang terbaik kepada anak dan menantunya.

"Semoga anak saya bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat."



Katanya juga dia sangat teruja untuk menimang cucu tetapi itu semua diserahkan kepada rezeki dan anak serta menantunya untuk menguruskan rumah tangga mereka sendiri.

Ampun maaf dipinta kepada pihak media kerana beliau tidak berkesempatan untuk mengundang kehadiran media ke majlis persandingan anaknya.

Sebagai seorang penggiat seni pula beliau juga masih aktif menyanyi namun masih belum ada perancangan untuk mengeluarkan lagu baru.

Beliau berkata nyanyian dan dirinya tidak dapat dipisahkan kerana ia sudah sebati di dalam dirinya.