Singkirkan Selangor Bukti Negeri Sembilan Mampu Saingi Mana-Mana Pasukan

Negeri Sembilan membuktikan mereka mampu bersaing dengan mana-mana pasukan tanpa mengira reputasi lawan.


Kenyataan itu dibuat jurulatihnya, Mohd Asri Ninggal, selepas menyaksikan anak buahnya menyingkirkan Selangor mnerusi penentuan sepakan penalti dalam pusingan kedua Piala FA, malam


Selangor dinafikan di atas padang walaupun hakikatnya mereka memiliki kelebihan di atas kertas.


Negeri Sembilan menampakkan usaha untuk meneruskan kemaraan mereka, dengan mengatur asakan demi asakan ke kubu anak buah P. Maniam sejak wisel pertama ditiupkan.


The Red Giants cuba bangkit pada separuh masa kedua, dengan usaha berganda mereka hanya mampu menghasilkan jaringan tidak sah oleh Rizal Fahmi Rosid pada minit ke-60 sebelum perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.


Tiada sebarang jaringan terhasil dalam tempoh 30 minit masa tambahan, sehingga aksi di Stadium Selayang itu terpaksa diputuskan menerusi penentuan sepakan penalti.


Kejayaan Juliano Fernandes, Razman Roslan dan Francis Forkes Doe menjadi sia-sia ekoran kegagalan pemain berpengalaman, Ugochukwu Ukah dan Halim Zainal, dalam melaksanakan tugasan mereka.


Situasi itu membuka laluan buat Negeri Sembilan untuk meraih kemenangan 4-3 menerusi penentuan penalti.


“Walaupun kami bermain dalamLiga Perdana dan berdepan antara pasukan terbaik Malaysia, Selangor, apa yang penting adalah kami mampu memberi saingan tanpa mengira siapa lawan yang kami hadapi,” kata Asri.


“Kita nampak pemain-pemain Selangor telah memberi komitmen 100 peratus untuk menjaringkan gol.


“Cuma apa yang kami gagal adalah menyumbat gol,” ujar Maniam.