Shell Helix High Mileage untuk kereta berusia

Usia mungkin merupakan sesuatu yang subjektif bagi sesetengah orang. Usia bukan hanya disebabkan masa yang lama, malah ia mungkin disebabkan proses penuaan yang dipercepatkan kerana beberapa faktor seperti penggunaan kerap.


Sesuai dengan konsep ini, Shell mengamalkan klasifikasi usia kenderaan dengan perbatuan ataupun jarak yang telah dilalui sesebuah kenderaan. Kereta anda mungkin baharu dibeli beberapa tahun lepas, tetapi boleh dianggap agak berusia jika ia nya telah melalui penggunaan yang tinggi dengan dipandu untuk jarak yang jauh saban hari, contohnya jika anda terpaksa memandu ke tempat kerja yang berpuluh kilometer jauhnya tiap hari. Tentunya kereta anda jauh lebih berusia jika dibandingkan dengan kereta rakan anda yang tinggal hanya beberapa kilometer dari pejabat. Jarak ini direkodkan oleh odometer sebagai perbatuan kereta anda bagi gambaran sebenar tahap penggunaan kereta berbanding usia masa.


Kini pemilik kenderaan yang telah mempunyai jarak perbatuan yang tinggi boleh mendapatkan minyak enjin khusus Shell Helix yang dapat membantu ‘melawan’ kesan penuaan pramatang ini.


Minyak enjin Shell Helix High Mileage 15W-50 berteknologi sintetik baharu ini dirumus khas dengan Teknologi Flexi Molecule untuk menawarkan perlindungan khusus kepada enjin, terutamanya enjin kenderaan dengan bacaan odometer lebih daripada 100,000 km.


Shell Helix High Mileage menawarkan perlindungan dari kehausan sehingga 40% lebih baik untuk membantu memanjangkan lagi jangka hayat enjin anda. Teknologi Active Cleansing dari Shell juga dapat menjadikan enjin lebih bersih, oleh itu, memberikan prestasi yang lebih baik dengan mengelakkan pengumpulan enap cemar dan endapan lain yang boleh membawa kerosakan. Ujian Shell membuktikan bahawa ia nya dapat membantu menyingkirkan enap cemar sehingga 34% pada penukaran minyak yang pertama.


Harga runcit yang disyorkan bagi pek 4 liter Shell Helix High Mileage baru ialah RM148 bagi Semenanjung Malaysia dan RM150 bagi Sabah dan Sarawak. Satu pek 1 liter dijual pada harga RM40 di Semenanjung Malaysia dan RM41 di Sabah dan Sarawak.


Bersempena pelancaran tersebut, pemilik kereta yang memilih untuk menggunakan Shell Helix High Mileage 15W-50 bagi servis penukaran minyak di bengkel-bengkel yang mengambil bahagian akan dapat menikmati potongan harga sebanyak RM25 bagi setiap pek 4 liter daripada jumlah invois. Promosi ini sah dari 15 Mac hingga 15 Mei 2017.


Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd Shairan Huzani Husain menyatakan bahawa varian minyak motor Shell Helix yang terkini mencerminkan komitmen syarikat dalam menyediakan penyelesaian yang inovatif dan tertumpu untuk memenuhi keperluan pemanduan harian.


“Menurut statistik industri, terdapat kira-kira 11 juta kereta di atas jalan di Malaysia dan kira-kira separuh daripada jumlah ini merupakan kenderaan berusia 10 tahun atau lebih.  Iklim ekonomi yang mencabar juga bermakna lebih ramai pemilik akan menggunakan kereta mereka dengan lebih lama. Shell Helix High Mileage dirumus khas untuk menangani masalah yang biasa dialami oleh kereta yang mempunyai jarak perbatuan yang tinggi seperti kekotoran enjin, prestasi enjin yang berkurangan dan kebocoran minyak daripada kedap, gasket dan komponen yang telah haus,” katanya.


Pengarah Eksekutif Shell Lubricants SEA, Troy Chapman, menjelaskan bahawa Teknologi perintis Flexi Molecule merupakan kunci dalam melawan penuaan enjin dan membantu pemilik supaya kereta kesayangan mereka dapat digunakan dengan lebih lama. “Apabila haba dan tekanan yang sangat tinggi dikesan pada bahagian tertentu, molekul-molekul yang dinamik ini akan bergabung untuk membentuk lapisan pelindung, yang bertindak seperti ubat khusus dalam tubuh manusia,” kata Chapman.


Formulasi Shell Helix High Mileage yang lebih pekat membantu mengelakkan kebocoran minyak daripada kedap dan gasket yang sudah lama; dan komponen yang telah haus. Minyak tersebut juga mempunyai kadar kehilangan akibat sejatan yang rendah untuk mengurangkan penggunaan minyak dan kestabilan pengoksidaan yang hebat untuk mengelakkan penuaan minyak dan pembakaran.

Troy Chapman with members of the media and public who tried the new oil

Beberapa pemandu yang diberi peluang untuk mencuba Shell Helix High Mileage baharu ini mendapati bahawa hasilnya adalah memberangsangkan. Malah Abg Long dari Careta.my sendiri turut serta menjalani ujian penggunaan minyak tersebut. Pada awalnya agak ragu-ragu juga tentang keberkesanannya tetapi setelah menggunakan minyak ini, kebocoran minyak telah berkurangan dengan begitu ketara dan Agg Long tidak lagi perlu menambah minyak enjin dengan kerap untuk kereta Perodua Kancil 850 EX tahun 2001, yang telah mencatat perbatuan melebihi 220,000 km.


IMG_2236 IMG_2237 IMG_2238

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan minyak motor Shell Helix terkini yang dihasilkan khusus untuk kereta yang mempunyai jarak perbatuan yang tinggi, sila layari www.shell.com.my/fightsageing. Harga runcit yang disyorkan untul pelincir baharu Shell Helix High Mileage 15W50 ini adalah RM148 bagi pek 4 liter.


 


IMG_3931


IMG_3932 IMG_3934 IMG_3935