Sharnaaz Ahmad Perli Buku Tulisan Fattah Amin?

Buku keluaran selebriti terhangat yang pernah dikaitkan dengan Neelofa berjudul 99 Kata-kata #Qalifmoden oleh Fattah Amin ternyata menerima kritikan hebat dari segelintir pihak termasuklah Sharnaaz Ahmad.


 


Gambar : Instagram Sharnaaz Ahmad


 


Tidak tahu apa yang terpendam di hati Sharnaaz kerana secara mengejut pelakon terkenal ini meluahkan perasaan di laman Twitter mengaitkan buku keluaran Fattah.


 


Tweetnya, “Aku tak pernah suka ko, sebab fanatik ko dan perangai berlagak konon ko sempoi & fames sampai tak kenal sapa otai. Tapak kaki menunggu jilaka.”


 



Apa pencapian ko nak tulis buku? Dude tak semua atas muka bumi ni tuhan cipta yg ko ada bakat..


— SHARNAAZ BASIR AHMAD (@SharnaazAhmad) February 12, 2017



 



Ko A samad said ka? Zahiril adzim ka? Beto ka? Brp tinggi sastra ko? Brp banyak award ko dan sumbangan? Harap suara kambing? Utoh la ba-kai


— SHARNAAZ BASIR AHMAD (@SharnaazAhmad) February 12, 2017



 


Sharnaaz pada masa yang sama seakan mempersoalkan penulisan Fattah di dalam buku tersebut yang baru sahaja dilancarkan. Buku tersebut sememangnya kini menjadi satu yang viral di media sosial dek kerana kandungannya yang dikatakan menggelikan.


 



Aku tak pernah suka ko, sbb fanatik ko dan perangai berlagak konon ko sempoi & fames sampai tak kenal sapa otai.. tapak kaki menunggu jilaka


— SHARNAAZ BASIR AHMAD (@SharnaazAhmad) February 12, 2017



 


 


Segelintir dari peminat Fattah cuba mempertahankan buku tulisan selebriti kegemaran mereka itu, tetapi ada juga yang menyokong kata-kata Sharnaaz berkenaan keupayaan penulisan Fattah.


 


The post Sharnaaz Ahmad Perli Buku Tulisan Fattah Amin? appeared first on EH!.