Sharnaaz Ahmad marah siapa pula ni?

PELAKON yang terkenal dengan sikap lantang bersuara, Sharnaaz Basir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Shaarnaz Ahmad kali ini menegur 'seseorang' pula di laman Twitter miliknya.

Beliau mempersoalkan pencapaian dan sumbangan orang itu untuk menulis sebuah buku.

"Apa pencapaian kau nak tulis buku? Dude (saudara), tak semua atas bumi ini tuhan cipta yang kau ada bakat.

"Kau A. Samad Said kah? Zahiril Adzim kah? Betulkah? berapa tinggi sastera kau? sudah berapa banyak anugerah dan sumbangan atau harapkan suara kambing?" tulisnya di laman tersebut.

Tambahnya lagi, beliau tidak pernah sukakan individu tersebut kerana sikap dan perangai orang itu.

"Aku tidak pernah suka kau sebab fanatik dan perangai berlagak kononnya kau sempoi dan popular sampai tidak kenal siapa otai," katanya lagi.

Tidak diketahui siapa 'orang' yang dimaksudkan oleh pelakon tersebut memandangkan tiada nama yang tertera di dalam status yang dimuatnaiknya itu.