Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Bakal Saman Elle Zada

Tentu ada lagi yang ingat dengan kes  sekitar bulan Jun tahun lepas, dimana pembeli baju Elle Zada mengamuk denga butik berkenaan yang tidak dapat menyiapkan baju raya yang sudah ditempah dan menimbulkan kemarahan agen dan juga pembeli baju mereka sehingga nama pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin juga turut dikaitkan dalam isu berkenaan.



Untuk pengetahuan anda, sehingga hari ini pihak Elle Zada masih belum menyelesaikan bayaran Sam dan Syatilla ketika mereka berkolaborasi dalam mempromosikan baju rekaan pihak Elle Zada. Susulan perkara itu, pasangan ini akan memfailkan saman terhadap Elle Zada dalam masa terdekat.


Ketika kami berkolaborasi dengan label tersebut pada musim perayaan Aidilfitri tahun lalu, ada perjanjian yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.


Namun entah bagaimana, pihak Elle Zada berhadapan masalah untuk menyiapkan baju yang ditempah pelanggan mereka, sekali gus membuatkan nama baik kami berdua terjejas.



Syatilla akui beliau merasa agak simpati dengan nasib agen dan stokis label pakaian tersebut yang menjadi mangsa keadaan. Walaubagaimanapun, Sam dan Syatilla sudah megambil inisiatif untuk membantu mereka.


Bagaimanapun, saya bersyukur, selepas insiden ini berlaku, ia memberi inspirasi dan dorongan kepada kami untuk membuka sendiri butik SamSyatilla yang baru beberapa bulan beroperasi. Ejen dan stokis


Elle Zada kami ambil dan serapkan di bawah butik SamSyatilla supaya mereka tidak rasa begitu terkesan atas situasi yang terjadi.



Isu Elle Zada ini sudah lama dan kami rasa pihak Sam dan Syatilla juga telah lama bersabar bahkan pernah ingin berbincang dengan label pakaian tersebut untuk menyelesaikan masalah mereka. Namun, jika pasangan itu tidak dibayar seperti yang dijanjikan memang wajar untuk bawa perkara ini ketengah lebih-lebih lagi nama mereka juga turut tercalar. Bersabarlah Sam dan Syatilla.


Sumber Berita : Utusan Online