Seorang Tentera Buat Laporan Polis Berikutan Isu Hazama Menggayakan Baju Celoreng


Umum tahu sebelum ini Hazama sudah pun membuat permohonan maaf berikutan isu baju celoreng yang digayakannya baru-baru ini telah menaikkan isu sensitif di kalangan tentera, namun seorang anggota tentera yang merasakan kesal dengan tindakan Hazama itu telah pun membuat laporan polis.


 


Gambar : Instagram Hotfm


 


Laporan polis tersebut telah dilakukan terhadap penyanyi terkenal itu di Balai Polis Tengkera, Melaka. Muhamad Aszuad Haron, seorang anggota tentera merasakan tercabar pabila Hazama boleh melanggar peraturan pemakaian uniform tersebut dengan sewenang-wenangnya.


 


Menurut laporan polis tersebut, Aszuad menyatakan yang pakaian tentera bukan digunakan untuk berfesyen di khalayak ramai oleh artis atau orang awam.


 


Ujarnya lagi, pakaian celoreng hanya boleh dipakai oleh anggota tentera sahaja. Bahkanm ia juga menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan jika menyalah gunakan uniform pasukan keselamatan itu.


 


Bagi Aszuad, dia membuat laporan tersebut hanya untuk menjaga maruah Angkatan Tentera Malaysia berserta Tentera Darat.


 


Manakala Hazama pula menyatakan yang mana dia setakat ini masih belum dihubungi oleh mana-mana pihak polis, tetapi dia sebenarnya berbangga dan menyanjungi pihak ATM.


 


“Saya tahu ada laporan polis dibuat tentang hal itu, tapi setakat ini saya belum dihubungi oleh pihak polis berkaitan isu berkenaan. Sejujurnya saya rasa bangga dan menyanjungi pihak ATM dan tidak pernah berniat buruk ketika memakai pakaian tersebut. Saya belajar tentang perkara ini dan berjanji tidak akan mengulanginya pada masa akan datang,” katanya kepada mStar Online.


 


Hazama sendiri menjelaskan yang tidak tahu tentang larangan pemakaian baju celoreng itu dan hanya mengetahuinya setelah ia mula tular di internet. Hazama menggayakan baju bercorak celoreng ketika menghadiri konsert permulaan Mentor Milenia 2017 baru-baru ini.


 


The post Seorang Tentera Buat Laporan Polis Berikutan Isu Hazama Menggayakan Baju Celoreng appeared first on EH!.