Semak 6 perkara penting ini dulu sebelum anda beli rumah second hand

Beli rumah second hand (subsale) tak sama risiko macam beli rumah undercon dan lelong.


Tapi kalau korang nak melabur dengan hartanah, subsale memang antara pilihan yang terbaik. Sebab korang dah sedia ada data tentang hartanah tu.


Senang untuk kita kaji capital appreciation dan kadar sewa.


Ingat tak Tok kata kat atas tadi, subsale tak sama risiko dengan yang lain? Sebelum korang beli mana-mana rumah second hand, periksa dulu 6 benda ni.


Hadamkan perkongsian ilmu Tuan Salkukhairi Abd Sukor ni baik-baik. Lebih-lebih lagi bab kaveat tu.


Buat semua ini supaya anda tak “tersontot” diri sendiri


Dalam pembelian sesuatu rumah second hand, selain daripada harga, reka bentuk (design) dan lokasi, ada perkara lebih penting untuk kita buat.



“Apa benda yang kita kena buat tu?”



Buat 6 perkara ni sebelum beli mana-mana rumah second hand:


#1: Siapa pemilik sebenar rumah anda nak beli tu?


Penting untuk kita tau siapa pemilik berdaftar untuk rumah yang kita nak beli.


Orang yang jual rumah tu tak semestinya pemilik yang sah. Dan kadang-kadang, ada juga kes pemilik berdaftar sesebuah rumah tak tau pun rumah dijual orang lain tanpa kebenaran beliau.


Sebab tu, penting untuk kita pastikan siapa sebenar pemilik berdaftar rumah tu sebelum membeli mana-mana rumah subsale.


#2: Apa syarat nyata yang ada dalam geran?


Syarat nyata ini merujuk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri terhadap sesuatu rumah yang didirikan di atas tanah tu.


Contohnya, dalam hak milik (geran) rumah tu dengan jelas nyatakan:



“Tanah ini hendaklah digunakan untuk satu unit rumah teres setingkat sahaja”



Ini bermakna rumah tu hanya boleh didiami sebagai satu rumah teres setingkat saja.


Pemilik berdaftar tak boleh sewenang-wenangnya buat ubah suai rumah daripada rumah teres setingkat menjadi rumah teres 2 tingkat, sebab ia bertentangan dengan syarat nyata rumah tersebut.


Sebagai pembeli, penting untuk kita tau jenis dan keadaan fizikal rumah yang dibeli, mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan dalam syarat nyata di dalam geran rumah tu.


Kalau korang tengok rumah tu 2 tingkat secara fizikalnya, tapi dalam geran hanya mensyaratkan ia mestilah setingkat saja, lebih elok tak beli rumah tu.


Ini sebab takut akan ada kesan perundangan di kemudian hari.


#3: Ada sebarang sekatan yang dikenakan tak? 


Biasanya sekatan kepentingan ini di tulis seperti:



“Tanah ini tidak boleh dipindahmilik, dipajak atau digadai melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri”



Kalau rumah yang nak beli ada syarat ini, sebelum pindah milik boleh dibuat daripada nama pemilik berdaftar kepada nama pembeli, pemilik berdaftar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis (consent) terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Negeri.


Pihak Berkuasa Negeri merujuk kepada Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) atau Pejabat Tanah Daerah atau Pejabat Tanah dan Galian Negeri (mengikut mana-mana bidang kuasa yang telah diturunkan oleh kerajaan sesuatu negeri).


#4: Orang Melayu je boleh beli?


Check dulu sama ada rumah tu termasuk dalam kategori Rezab Melayu atau bukan.


Kalau termasuk dalam kategori Rezab Melayu, maka ianya ditulis di dalam geran sebagai:



“Dalam Kawasan Rezab Melayu”



Kalau macam ni, hanya orang Melayu saja yang boleh beli rumah tersebut.


Kalau tak dinyatakan di dalam geran yang rumah tersebut termasuk dalam kawasan Rezab Melayu, maka ia dianggap sebagai Hakmilik Pegangan Bebas (Freehold). Bermakna, semua bangsa boleh beli rumah tu.


#5: Mana satu yang betul – Bank punya atau tuan rumah punya?


Kita juga kena tahu sama ada pemilik berdaftar rumah tu masih mempunyai pinjaman dengan bank atau tak?


Atau dalam erti kata lain, adakah rumah tu masih digadai kepada bank atau tak?


Kalau rumah tu masih bank yang punya, untuk membolehkan pindah milik dibuat daripada pemilik berdaftar kepada pembeli, gadaian itu perlu dilepaskan terlebih dulu dengan cara menebus hutang pinjaman yang dibuat.


#6: Ada sebarang kaveat ke?


Penting untuk korang tau sama ada rumah yang nak dibeli tu, ada kaveat di atas hak miliknya atau tak.


Kaveat adalah satu jenis sekatan yang menghalang sesuatu urusniaga dilakukan terhadap hak milik rumah tersebut.


Kalau ada kaveat ke atas hak milik (geran) rumah tu, maka proses pindah milik rumah tersebut daripada nama pemilik berdaftar kepada nama pembeli tak akan dapat dibuat.


Melainkan kaveat tersebut ditarik balik oleh orang yang buat kaveat tu, atau dibatalkan oleh Pejabat Tanah.


Sebab tu, penting untuk pastikan rumah yang kita nak beli tu bebas dariapada sebarang kaveat.


Kalau ada, korang kena pastikan siapakah yang memasukkan kaveat tersebut. Dan pemilik berdaftar hendaklah meminta orang yang memasukkan kaveat tu batalkan sebelum boleh dijual.


Macam mana nak tau ada kaveat atau tidak?


Biasanya, penjual tak dapat maklumat ni daripada pemilik rumah yang nak jual rumah mereka.


Kalau ada pun, belum tentu sahih dan tepat. Ada juga kes yang berlaku, penjual atau pemilik berdaftar sendiri pun tak pernah ambil tau.


Yang mereka tau adalah:



“Rumah ni ada 3 bilik tidur, 2 bilik air. Berkeluasan sekian sekian…”



Korang pun mesti dah boleh agak sambungan dialog ni.


Kalau korang tanya lebih-lebih, jawapan mereka pun, korang boleh agak dah.


Dah tu, macam mana nak tahu?


Adalah hak kita sebagai pembeli untuk minta salinan hak milik (geran) daripada penjual, sebelum putuskan untuk membeli rumah tu atau sebaliknya.


Macam mana pula kalau penjual tak nak bagi? Atau penjual berdolak-dalih untuk memberi salinan geran tersebut?


Kalau macam tu berlaku, sebaiknya lupakan saja niat untuk beli rumah tersebut.


Geran rumah itu, boleh kita anggap sebagai surat beranak atau kad pengenalan bagi sesebuah rumah.


Sama seperti manusia. Setiap manusia yang lahir di Malaysia, akan mempunyai surat beranak dan kad pengenalan masing-masing.


Dan surat beranak serta kad pengenalan tersebut akan digunakan untuk mengetahui segala maklumat berkenaan individu tersebut.


Sekiranya penjual berdolak-dalih untuk bagi salinan geran rumah tu, mungkin ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan tentang status rumah tersebut.


Selepas korang terima salinan geran rumah tersebut daripada penjual, rajin-rajinkan diri pergi ke pejabat tanah dalam daerah, di mana hartanah tersebut terletak untuk buat carian persendirian.


Semua maklumat yang kita perlu tahu seperti di atas, boleh ditemui dan diperolehi dalam carian persendirian tersebut. Dan yang pastinya, maklumat dalam carian persendirian tersebut tak akan menipu.



Kalau pandai main rumah subsale, memang korang boleh buat banyak untung. Serius, Tok tak bohong.


Tapi sebelum korang capai tahap tu, belajar ilmu yang paling asas dulu supaya korang tak terlingkup kemudian hari.


Tok doakan semoga perjalanan pelaburan hartanah korang sentiasa jana untung besar dan berterusan. Ameen.


Banyak ilmu beli rumah second hand yang padu dalam eBook ini


Tak cukup dengan tu, 16 pelabur otai ini kongsikan pengalaman mereka tentang permainan rumah subsale yang sentiasa buat untung.


Banyak yang korang boleh belajar dan amalkan. Tak mustahil korang boleh dapat pulangan paling kurang 3X ganda berbanding biasa.


Klik link bawah ni sekarang tanpa ragu-ragu:


>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?” <<<



The post Semak 6 perkara penting ini dulu sebelum anda beli rumah second hand appeared first on GilaHartanah.com.