Selfie Pertama Shah Rukh Khan dan Aamir Khan Setelah 25 Tahun Berkawan Dalam Dunia Seni

Shah Rukh Khan dan Aamir Khan buat pertama kalinya mengambil swafoto bersama dan boleh kata ia satu momen terbaik yang dinantikan peminat. Ia satu ketika yang agak ‘pelik’ pabila dua bintang negara India itu dilihat mengambil gambar bersama. 


 



 


Bintang filem Dilwale itu berkongsi gambar tersebut ke dalam Twitter dengan kapsyen,”Kenal antara satu sama lain selama 25 tahun dan ini adalah gambar pertama yang kami rakamkan bersama. Ia satu malam yang menyeronokkan.”


 






 


Duo ini tampil ke majlis ulang tahun kelahiran sahabat mereka yang merupakan seorang usahawan, Ajay Bijli. Sehingga kini, gambar duo bintang Bollywood ini sudah mendapat 645,618 ‘like’ di laman Instagram miliknya.


 


Sepanjang berada di dalam arena seni Bollywood, duo ini sememangnya jarang dilihat bergandingan bersama dalam sebuah filem. Meskipun masing-masing sudah berusia, kedua-duanya masih lagi dilihat segak dan kacak.


 


Bahkan, Shah Rukh Khan dan Aamir Khan masih lagi aktif dalam karier lakonan masing-masing. Filem Raees lakonan Shah Rukh dan Dangal lakonan Aamir juga mencatatkan kutipan yang tinggi malah pecah panggung.


 


 


 


The post Selfie Pertama Shah Rukh Khan dan Aamir Khan Setelah 25 Tahun Berkawan Dalam Dunia Seni appeared first on EH!.