Sehingga RM100 tambang Uber percuma untuk semua

Seminggu yang lepas, Uber mengumumkan promosi tambang 99sen untuk pengguna di Kuala Lumpur. Hari ini, Uber mengumumkan promosi baru, tambang percuma bernilai RM100 untuk pengguna Uber di seluruh Malaysia, kecuali Kuala Lumpur dan Seremban.


Promosi tambang percuma ini dilihat ingin mengimbangi promosi 99sen yang diadakan khas di Kuala Lumpur. Syarat penggunaan juga sama, tetapi ada sedikit perbezaan.




Malaysia, now you can enjoy RM100 worth of FREE rides! Just use the promo code FREERIDES100 to get 25 free rides worth…


Posted by Uber onĀ Sunday, February 19, 2017



Pertama, tambang percuma RM100 ini adalah dalam bentuk diskaun RM4 sebanyak 25 kali. Tambang percuma diberikan jika perjalanan di bawah RM4. Kalau tambang lebih dari RM4, anda akan mendapat diskaun RM4. Maknanya, bayar kurang RM4 dari jumlah tambang yang dipaparkan.


Promosi ini berjalan dari hari ini, 20 Februari sehingga 5 Mac 2017. Tetapi, pengguna perlu memasukkan kod promosi terlebih dahulu, iaitu FREERIDES100 ke dalam akaun untuk mengaktifkan promosi ini.


Uber kini telah berada di 9 bandar di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka, Seremban dan Kuantan. Bermakna, promosi tambang percuma RM100 ini boleh dinikmati di 7 bandar selain Kuala Lumpur dan Seremban.


[SUMBER: Uber Malaysia]

The post Sehingga RM100 tambang Uber percuma untuk semua appeared first on TheSkop.