[SEDIH] Punca Budak Berbasikal Dilanggar Kereta Pukul 3 Pagi

Lapan orang yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak telah meninggal dunia apabila basikal dinaiki mereka dirempuh oleh sebuah kereta di Jalan Lingkaran

Dalam arah Dataran Bandaraya, Johor Bahru Kemalangan maut itu dipercayai berlaku sekitar jam 3 pagi Sabtu, 18 Februari 2017

Sebelum kejadian, mangsa dari sekumpulan berbasikal yang berusia antara lapan hingga 17 tahun itu dikatakan berkumpul di simpang bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah dan kemudiannya bersama-sama berbasikal ke lampu isyarat dekat Hotel Thistle di Jalan Sungai Chat Namun, sekumpulan berbasikal terbabit tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta terbabit

Kumpulan berkenaan dikatakan sering berbasikal di lokasi itu hampir setiap minggu. Biasanya aktiviti mereka bermula pada kira-kira 12 tengah malam Akibat rempuhan itu, dipercayai enam maut ditempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) serta lapan lagi cedera termasuk dua kritikal

Menurut sumber, dalam kejadian itu, kereta berkenaan jenis Nissan Almeera yang merempuh kumpulan berbasikal terbabit dipandu oleh seorang wanita berusia 22 tahun Kejadian yang berlaku ini turut viral (tular) di rangkaian laman media sosial terutamanya di Facebook