Saya Sihat Dan Kuat, Kata Kawan Abang Kucing.

Pakar seni mempertahankan diri, S Suresh yang sebelum ini mencabar Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk bertarung masih hidup, sihat dan kuat.

Suatu video berlegar-legar dalam talian menggambarkan lelaki Brazil Luciano Henrique Jesus de Oliviera yang menyerupai Suresh telah ditembak di Campinas, Brazil.

"Suresh membalas mesej, dia okay. Saya percaya video itu dari luar negara, dari Brazil," kata rakan seni mempertahankan diri yang menggelarkan dirinya sebagai Abang Kucing kepada Malaysiakini.

Abang Kucing atau nama sebenarnya Shahrul Nizam Abdul Rahim merupakan jurucakap kumpulan seni mempertahankan diri bergelar Gabungan Pejuang Rakyat Demi Negara yang sebelum ini mencabar Jamal pada bulan November yang lalu.

Ia selepas kumpulan baju merah yang diketuai oleh Jamal bertempur dengan para penyokong BERSIH semasa perhimpunan mega pemantau pilihan raya itu pada 19 November yang lalu.

Menurut media Brazil, Tododia, Oliviera, 35, ditembak dari jarak dekat di kedai serbaneka stesen minyak di Jardim Itatinga, Campinas.


Rakaman CCTV insiden tembakan itu juga telah dimuat naik di laman web Tododia ini.-malaysiakini.com