Sarah Raisuddin takut muka nampak ‘ngeri’

Katanya ketika ditemui di majlis pengumuman persandingannya bersama suami, Shuib bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam yang akan berlangsung pada 26 Februari depan, perkara pertama yang difikirkannya apabila Shuib menyatakan idea untuk bersanding adalah ‘mesti’ nampak cantik.

“Itu hal pertama yang saya fikir. Kalau salah solek nanti muka boleh jadi lain. Jadi kena pilih jurusolek yang betul dan tahu apa yang saya nak.

“Pemilihan warna eyeshadow pun kena betul. Susah nanti kalau salah mekap. Muka boleh nampak ngeri!,” katanya berseloroh.

Dalam perkembangan lain, Sarah kini sedang dalam persiapan untuk merakamkan single terbarunya yang akan dilancarkan pada tahun ini juga.